awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual kereta mengaku tidak bersalah sebabkan kemalangan tiga maut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/09/2021
03:57 MYT
Jurujual kereta mengaku tidak bersalah sebabkan kemalangan tiga maut
Sathiya berdepan tiga pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dan satu pertuduhan berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini. - Foto Astro AWANI
MANJUNG: Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dua penunggang dan seorang pembonceng motosikal, bulan lalu.
Pada prosiding yang sama, tertuduh AR Sathiya Ganes, 38 tahun, turut mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan berkaitan dadah.
Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga individu, Mohd Suhail Zainal, 22 tahun, Hasrandy Bahrum, 27 tahun, dan Nurhisham Hassan, 29 tahun, dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh, Sitiawan, pada jam 5.30 petang, 21 Ogos lalu.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minima lima tahun dan maksima 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Selain itu, seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan.
BACA: Tiga maut kemalangan pulang kerja
BACA: Tiga maut kemalangan pulang kerja, pemandu kereta melarikan diri
BACA: Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal direman seminggu
Bagi pertuduhan keempat, jurujual kereta itu didakwa memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam tubuhnya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada jam 4 petang, 23 Ogos lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM12,500 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan di samping perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran.
Mahkamah | Jurujual kereta didakwa memandu bahaya, dadah
Mahkamah menetapkan 1 Oktober hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen dan ujian kimia.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili Peguam S Dharmanathan.
Dalam kejadian 21 Ogos lalu, tiga maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Acheh, Sitiawan, kira-kira 70 kilometer dari Ipoh.
Topic Berkaitan
#mengaku tidak bersalah
#memandu secara merbahaya
#Dadah
#jurujual kereta
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan