awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/08/2021
04:39 MYT
Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal direman seminggu
Suspek yang diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Sri Manjung di sini kira-kira jam 9 pagi ini. - Astro AWANI
MANJUNG: Pemandu kereta Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan dengan enam buah motosikal di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh - Sitiawan, dekat sini, pada Sabtu, ditahan reman seminggu.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 30 Ogos, dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai.
Suspek yang diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Sri Manjung di sini kira-kira jam 9 pagi.
Semalam, lelaki berusia 38 tahun itu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kira-kira jam 2.50 petang.
Terdahulu, suspek melarikan diri sejurus kemalangan yang mengorbankan tiga individu itu.
Ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang Sabtu itu, dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng, berumur antara 22 dan 29 tahun, meninggal dunia.
Kemalangan turut menyebabkan enam lagi termasuk penumpang Proton Preve, yang berumur antara 24 dan 48 tahun, cedera parah.
Siasatan awal polis mendapati pemandu Proton Preve dan dua penumpang dari Lekir itu sedang menghala ke Kampung Acheh, manakala enam motosikal, termasuk satu yang membawa pembonceng, dari arah Kampung Acheh ke Sitiawan.
Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar keenam-enam motosikal yang berada di laluan sah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Proton Preve
#reman
#rempuh enam motosikal
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan