awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut kemalangan pulang kerja

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/08/2021
14:48 MYT
Tiga maut kemalangan pulang kerja
Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, sebelum kemalangan itu berlaku. - Gambar/ JBPM
SITIAWAN: Tiga lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Acheh, di sini, hari ini.
Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, di sini, sebelum kemalangan itu berlaku jam 5.28 petang.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan anggota segera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan (beberapa) motosikal dengan tiga mangsa (penunggang motosikal) disahkah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kereta berkenaan dipercayai dinaiki tiga individu. Salah seorang daripada mereka dikatakan parah dan dibawa ke hospital sebelum bomba tiba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#tiga maut
#pulang kerja
#Sitiawan
#Kampung Acheh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan