awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beradik ditahan, guna senjata api buatan sendiri kutip hutang along
Jumlah mangsa banjir menurun, hanya empat PPS masih aktif di Sarawak
Delegasi Hamas tiba di Mesir, bincang pelanjutan gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual lelaki didakwa berpakaian, berkelakuan seperti wanita di Kuala Terengganu

Bernama
Bernama
14/01/2026
08:30 MYT
Jurujual lelaki didakwa berpakaian, berkelakuan seperti wanita di Kuala Terengganu
Mohd Lukman ketika di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang jurujual lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas tuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita, tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Jurujual lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tahun lepas.
  • Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin, dan kes disebut semula pada 10 Feb depan.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000.

Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kuala Terengganu City Centre pada 12 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, tertuduh berdepan hukuman maksimum enam sebatan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan denda RM5,000.
Mahkamah membenarkan Mohd Lukman diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 10 Feb depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#lelaki berpakaian wanita
#kes mahkamah
#ktcc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan