awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket pelaburan permainan dalam talian

Bernama
Bernama
11/10/2025
23:10 MYT
Jurujual rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket pelaburan permainan dalam talian
Menurut Azizee, lelaki berusia 34 tahun itu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada Sabtu, memaklumkan telah diperdaya sindiket terbabit melalui aplikasi Facebook. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Seorang jurujual sebuah syarikat swasta di Bukit Mertajam kerugian RM1.027 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan permainan dalam talian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, lelaki berusia 34 tahun itu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada Sabtu, memaklumkan telah diperdaya sindiket terbabit melalui aplikasi Facebook.
"Pada awal September, mangsa yang melayari aplikasi Facebook telah melihat satu iklan pelaburan permainan dalam talian sandsm2s5.club dan diberikan pautan untuk menyertainya.
"Mangsa berminat untuk melabur selepas tertarik dengan jumlah keuntungan lumayan yang ditawarkan, iaitu sebanyak 50 peratus daripada wang dilaburkan dalam tempoh masa singkat," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Azizee berkata, pada 3 Sept mangsa melakukan transaksi ke satu akaun atas nama sebuah syarikat tempatan berjumlah RM300,000, dan mangsa kemudian melakukan tujuh lagi transaksi ke lima akaun atas nama syarikat berjumlah RM727,000, antara 10 Sept hingga 9 Okt lepas.
Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati pautan berkenaan tidak dapat diakses dan nombor telefon yang digunakan untuk berhubung sebelum itu tidak lagi dapat dihubungi, kemudian bertindak membuat laporan polis.
Azizee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurujual rugi RM1 juta
#sindiket pelaburan
#permainan dalam talian
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan