awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih renang antara empat ditahan edar syabu bernilai RM10.3 juta

Bernama
Bernama
25/04/2022
09:28 MYT
Jurulatih renang antara empat ditahan edar syabu bernilai RM10.3 juta
Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan barang rampasan pada sidang media khas mengenai kejayaan menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang yang disyaki mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran syabu, dalam serbuan di Selangor dan Johor pada 22 dan 23 April lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis turut merampas syabu seberat 287 kilogram yang dianggar bernilai kira-kira RM10.3 juta dalam serbuan itu.
Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan dalam empat serbuan dengan dua daripadanya ditahan di kediaman masing-masing di Puchong, di sini manakala dua lagi di sekitar Johor Bahru.
Katanya, siasatan awal polis mendapati syabu itu diseludup masuk ke dalam negara menerusi sempadan di utara negara menggunakan kapal, dan ia akan "transit' Lembah Klang terlebih dahulu sebelum dipasarkan ke negara jiran melalui sempadan di selatan negara, dan sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini.
"Syabu yang dirampas menerusi kerjasama JSJN Bukit Aman, JSJN kontinjen Selangor dan JSJN Johor itu dipercayai boleh digunakan oleh 1.4 juta penagih dadah," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Ayob Khan berkata, polis turut menyita pelbagai jenis aset melibatkan kenderaan dan wang tunai yang digunakan sindiket itu yang dianggar bernilai RM173,000.
Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki terbabit negatif dadah dan tiga daripada mereka didapati mempunyai rekod dalam kes dadah dan jenayah.
"Keempat-empat mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurulatih renang
#penyeludupan syabu
#ayob khan mydin pitchay
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan