PUTRAJAYA: Jurulatih bola tampar yang terbabit dalam kontroversi menampar dua pemain yang tular dalam media sosial baru-baru ini, hilang kelayakan daripada menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk di peringkat sekolah.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara itu diputuskan secara sebulat suara Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) selepas siasatan penuh dijalankan.
Ujarnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) sebelum ini membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya.
"Justeru sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah.
"Sesungguhnya, insiden ini telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah untuk menjadi sebahagian daripada Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) dan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)," katanya dalam sidang media bersama dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di sini pada Khamis.
Justeru Hannah berkata, KPM akan bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara bagi melengkapkan jurulatih kepada pelajar sekolah dengan pensijilan yang diperlukan.
Menurutnya, ia adalah penting untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, saling hormat-menghormati serta bebas daripada sebarang bentuk gangguan dan penderaan.
Beliau menambah, KBS turut mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara memastikan perlaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan yang diperolehi oleh mereka sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun sekali.
"Proses itu diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih-jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka itu.
"Penguatkuasaan peraturan tersebut juga membolehkan pihak AKK dan pemegang taruh yang lain mengemas kini data selain turut dapat membantu jurulatih-jurulatih meningkatkan lagi kemahiran mereka melalui upskilling dan reskilling dengan pendekatan kejurulatihan dan teknologi terkini," tambahnya.
Beliau turut menegaskan bahawa KBS dan KPM tidak akan berkompromi khususnya berkaitan isu itu, yang mana akan memudaratkan pembangunan bakat masa depan negara, apatah lagi insiden yang melibatkan pelajar sekolah.
Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan tindakan jurulatih berkenaan menampar dua pemain remaja perempuan selepas pertandingan Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.
Namun begitu, jurulatih bola tampar yang terbabit dalam kontroversi itu tampil memohon maaf secara terbuka.
Saiful Hadee Amar berkata dia reda berdepan tindakan bakal diterima selepas insiden di kejohanan di Kota Tinggi, Johor, pada 16 Disember lalu.
Umavathi Ramayah
Thu Jan 12 2023
Hannah Yeoh (hadapan kiri) berkata, KBS dan KPM berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia yang sebelum membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya. - Foto KPM
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Tular jurulatih tampar pemain: 'Ini tidak sepatutnya berlaku' - Hannah Yeoh
Tindakan jurulatih bola tampar berkenaan dilihat tidak wajar kerana akan meninggalkan kesan negatif buat pelajar-pelajar.