Jurulatih pasukan terjun kebangsaan, Huang Qiang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara, Bukit Jalil, September lalu.
Tertuduh berusia 35 tahun yang berkemeja-T lengan pendek berkolar berwarna merah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Huang yang berasal dari China dan telah mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia didakwa merogol mangsa di dalam gim kering, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Sri Petaling, Cheras, di sini pada 5.30 petang, 26 Sept lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni tidak menawarkan sebarang wang jaminan dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk hubungan tertuduh dengan mangsa iaitu tertuduh merupakan jurulatih kepada mangsa.
"Kes ini juga melibatkan saksi yang merupakan atlet-atlet yang dilatih tertuduh yang akan menyebabkan ada risiko gangguan terhadap saksi pendakwaan terutama mangsa.
“Tertuduh telah diberi kerakyatan Malaysia namun pada asalnya tertuduh adalah warga China dan mempunyai ahli keluarga di China, ada risiko untuk dia meninggalkan negara ini," katanya.
Bagaimanapun Hafizza berkata sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin warga Malaysia berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi, tidak berada dalam lingkungan kawasan latihan Bukit Jalil, perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan.
Peguam Mohd Hisham Md Nen memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai dua anak berusia enam tahun dan setahun empat bulan selain anak guamnya bersedia dengan sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.
Sementara itu peguam pemerhati bagi pihak mangsa, Cheow Wee, memohon mahkamah menetapkan syarat supaya tertuduh tidak menghubungi dan mendekati mangsa serta syarat kepada pihak media supaya tidak mendedahkan nama mangsa kerana mangsa kini sedang dilatih untuk Sukan Olimpik bersama pasukan elit.
Hakim Wan Mohd Norisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan pada 1 dan 16 haribulan, dilarang mengganggu, menghubungi serta mengugut mangsa dan lain-lain saksi pendakwaan.
"Sekiranya mendapat laporan (melanggar syarat) daripada mangsa dan mana-mana saksi, jaminan akan ditarik balik. Arahan juga pada pihak media untuk tidak mendedahkan nama mangsa yang akan bertanding dalam sukan Olimpik," kata hakim yang menetapkan 6 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Pada 2 Okt lalu, tertuduh ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, sekitar 12.30 tengah hari selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa mangsa pada 29 Sept.
Terdahulu dua individu iaitu seorang wanita muda dan seorang lelaki berusia dipercayai anggota keluarga tertuduh turut hadir pada prosiding hari ini.
Tertuduh yang bersahaja kelihatan tersenyum, melambai dan mengangguk kepala ke arah kedua-dua individu itu sebaik dia dibawa masuk ke kandang tertuduh di bilik bicara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Hakim membenarkan Huang (gambar) diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan menetapkan beberapa syarat tambahan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wujud 'budaya toksik' di bawah Zhuliang, punca kontrak tidak dilanjutkan
Zhuliang membenarkan budaya dan persekitaran itu merebak sehingga mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan kepada atlet