awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat banyak bantu semasa saya jadi doktor dahulu - TPM

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
12/05/2019
07:30 MYT
Jururawat banyak bantu semasa saya jadi doktor dahulu - TPM
Dr Wan Azizah memberitahu, kehadirannya pada Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa kerana menghargai jururawat yang menolongnya semasa bekerja sebagai doktor dahulu. - Gambar BERNAMA
Kehadiran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke pelancaran Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa adalah tanda penghargaan semasa Timbalan Perdana Menteri itu menjadi doktor dahulu.
Jelasnya, ia sekali gus permintaan untuk masyarakat menghargai kaum ibu sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan sama dengan Hari Jururawat Antarabangsa.
"Saya datang kerana saya menghargai jururawat yang menolong semasa saya bekerja sebagai seorang doktor dahulu.
"Juga hari ini bersamaan dengan Hari Ibu, selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dalam dunia terutama di Malaysia.
"Hargailah ibu, kita mesti menyanjungi ibu kerana ibulah yang membawa dan mendidik kita di dunia ini daripada kecil," katanya semasa sidang media selepas melancarkan Hari Jururawat Antarabangsa di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad.
Semasa ucapannya, Dr Wan Azizah mahu jururawat mengimbangi antara kerjaya dan kehidupan peribadi masing-masing.
Akuinya, kerjaya di dalam bidang perubatan memberi tekanan yang sangat kuat dan jururawat perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan belajar teknik-teknik baharu.
Hari Jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun sempena kelahiran pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale.
Topic Berkaitan
#Hari Ibu
#jururawat
#perubatan
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan