awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
Penyokong Selangor FC mengaku tidak bersalah guna perkataan tidak sopan
Kebakaran besar landa pusat penyelidikan utama di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis

Bernama
Bernama
05/02/2026
08:45 MYT
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
Kemalangan menyebabkan pemandu lori berusia 37 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 433 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada sebuah bas ekspres melanggar bahagian belakang sebuah treler.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata kejadian berlaku apabila bas dalam perjalanan dari Alor Setar ke ibu negara itu yang dipandu di lorong kiri, melanggar sebuah treler sehingga menyebabkan kenderaan berat berkenaan terbabas ke lorong kanan.
"Keadaan itu menyebabkan sebuah lori yang berada di lorong kiri cuba mengelak bas terbabit sebelum melanggar belakang treler yang melintang di lorong tengah dan kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seorang maut, tujuh cedera libatkan 31 mangsa di PLUS
Beliau berkata semasa kejadian, bas ekspres dipandu lelaki berusia 39 tahun itu membawa 22 penumpang dan seorang pemandu simpanan.
Ibrahim berkata kemalangan menyebabkan pemandu lori berusia 37 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.
"Pemandu bas, pemandu treler, kelindan lori serta lima penumpang bas mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Penumpang yang tidak cedera dibawa ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan bas gantian," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#bas ekspres
#kemalangan maut
#Lebuh Raya PLUS
#Rawang
#langgar treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami