awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam

Amir Hamzah Nordin
Amir Hamzah Nordin
30/12/2022
07:28 MYT
Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Kejadian terbaharu sindiket Macau Scam melibatkan seorang jururawat menjadi mangsa penipuan itu sehingga kehilangan sebanyak RM198,000 di Kuantan, semalam.
KUANTAN: Kegiatan sindiket Macau Scam semakin berleluasa dan seakan-akan tiada berpenghujung berikutan hampir setiap hari kedengaran berita ada sahaja individu yang menjadi mangsa hingga kehilangan ribuan Ringgit.
Kejadian terbaharu melibatkan seorang jururawat menjadi mangsa penipuan itu sehingga kehilangan sebanyak RM198,000 di sini, semalam.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa seorang perempuan Melayu berumur 36 tahun dan bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital kerajaan telah telah menerima panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang.
"Kemudiannya panggilan tersebut disambungkan kepada pegawai polis kononnya mangsa terlibat dalam sindiket senjata api dan pengedaran dadah.
"Mangsa telah diminta membuat pinjaman peribadi oleh suspek dengan diberikan satu link (capaian) untuk diisi maklumat mangsa," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, setelah pinjaman peribadi diluluskan oleh pihak bank dari tempoh permohonan lebih kurang dua minggu, wang tersebut telah dipindahkan ke akaun suspek tanpa disedari oleh mangsa.
"Polis Kontinjen Pahang menasihati orang ramai supaya jangan mendedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada link yang mencurigakan.
"Jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terlibat dengan apa-apa jenayah oleh panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa," katanya.
Topic Berkaitan
#jururawat
#Macau Scam
#pinjaman peribadi
#sindiket penipuan dalam talian'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan