awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat kumpulan paling ramai terima vaksin COVID-19 fasa pertama - Khairy

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
15/03/2021
08:13 MYT
Jururawat kumpulan paling ramai terima vaksin COVID-19 fasa pertama - Khairy
Menteri Penyelaras PICK berkata kumpulan ketiga tertinggi pula adalah kumpulan doktor iaitu sebanyak 22.23 peratus daripada jumlah berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kira-kira 23 peratus daripada 292,104 penerima vaksin bagi kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah terdiri daripada jururawat.
Ini menjadikan mereka kumpulan paling ramai yang telah divaksin.
Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan kesihatan lain seperti pembantu perubatan, juru X-ray serta pemandu ambulans menjadi kumpulan kedua paling ramai yang sudah menerima vaksin, iaitu lebih 23 peratus.
Manakala menurut beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kumpulan ketiga paling ramai pula adalah kumpulan doktor iaitu sebanyak 22.23 peratus daripada jumlah berkenaan setakat ini.
"Ini diikuti petugas barisan hadapan bukan kesihatan seperti polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan (RELA) (21 peratus); doktor gigi (5.6 peratus); kumpulan ahli farmasi (3.4 peratus) dan penerima anggota pentadbiran serta wakil rakyat (0.11 peratus).
"Hanya 302 (individu) yang datang daripada kategori anggota pentadbiran dan wakil rakyat iaitu 0.11 peratus telah menerima vaksin," katanya dalam sidang media mingguan Perkembangan PICK di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, individu yang dijadualkan menerima suntikan vaksin menerusi PICK di fasiliti kesihatan swasta, tidak perlu membayar sebarang caj.
Sebaliknya, tegas beliau, caj berkenaan akan ditanggung kerajaan.
"Perkara ini terpakai bagi fasiliti kesihatan swasta yang terlibat dengan PICK.
"Perkara ini adalah antara intipati perjumpaan saya dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) nanti," jelasnya lagi.
[TERKINI] Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#perubatan
#vaksin
#kesihatan
#menteri
#rakyat
#tentera
#Sains
#PICK
#jururawat
#kumpulan perubatan
#barisan hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan