Impian seorang jururawat untuk memiliki kereta utiliti sukan (SUV) Honda HRV bukan hanya tidak tercapai, malah dia mengalami kerugian RM10,300 selepas terpedaya dengan sindiket cinta siber.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata ia bermula dengan wanita berusia 33 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki dikatakan berpangkat 'Kapten' di laman sosial pada akhir bulan lepas.
Beliau berkata wanita yang berkhidmat di Raub dekat sini mendakwa "Kapten" yang mengaku tinggal di Poland itu pada mulanya dikatakan telah menghantar 'hadiah' berupa wang tunai AS$35,000 untuk membeli kereta berkenaan.
Menurutnya semalam wanita itu dihubungi syarikat penghantaran, kononnya dia terpaksa membayar RM2,300 sebagai caj penghantaran, dan RM8,000 kononnya sebagai denda kerana bungkusan yang dihantar dikatakan mengandungi wang tunai.
"Suspek wanita itu juga telah memberikan nombor akaun kononnya bagi urusan transaksi wang dan jururawat itu terus memindahkan wangnya seperti yang diminta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata jururawat itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan hal berkenaan kepada rakan-rakannya, dan dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dalam kes berasingan seorang guru wanita membuat laporan di IPD Lipis dekat sini semalam, mendakwa diperdayakan jirannya untuk menyertai pelaburan bitcoin yang tidak wujud sehingga kerugian RM18,000.
Mohd Wazir berkata guru itu mendakwa dijanjikan menerima pulangan lumayan selepas menyertai pelaburan itu pada 29 Sept 2018 namun sehingga kini dia tidak pernah menerima sebarang keuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Jururawat rugi RM10,300 kerana terpedaya 'cinta siber'
Wanita berusia 33 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki dikatakan berpangkat 'Kapten' di laman sosial pada akhir bulan lepas.
Jenayah 'cinta siber' semakin membimbangkan
Kes jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini, semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun.