Hasrat seorang Jurusolek wanita dari Kepala Batas, Pulau Pinang untuk memulakan perniagaan tidak kesampaian apabila mengalami kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan.
Mangsa berusia 27 tahun ditipu seorang lelaki berusia 51 tahun yang bertindak sebagai orang tengah yang kononnya dapat membantunya untuk mendapatkan lesen untuk perniagaan pertukaran mata wang asing (money changer).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian dilaporkan berlaku pada Januari 2017 selepas mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat.
"Mangsa kemudian bersetuju menggunakan khidmat suspek dan telah diarahkan untuk membuat bayaran deposit sebanyak RM100,000 sebagai wang proses permohonan lesen perniagaan itu" katanya.
Noorzainy berkata, mangsa kemudiannya telah menyerahkan empat keping cek kepada suspek di kawasan Butterworth.
Walupun telah menyerahkan cek berjumlah RM100,000, namun mangsa masih diminta untuk membuat tambahan bayaran.
"Mangsa tidak setuju dan berasa tertipu dengan lelaki tersebut setelah pelbagai alasan diberi apabila bertanyakan lesen perniagaan itu dan telah menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kes itu, kata Noorzainy, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
"Polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit," katanya.
Noorzainy menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan seperti ini .
"Orang ramai juga dinasihatkan agar berurusan dengan pihak yang betul dan bukannya menggunakan orang tengah,” kata beliau lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Mar 15 2020

Menurut Noorzainy, jurusolek berkenaan terpedaya dengan kenalannya yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat. - Gambar fail

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Sarawak lancar perkhidmatan bas elektrik percuma
Perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 lagi, sebagai tempoh percubaan, dengan hanya melibatkan sebuah bas.

Lelaki mengaku 'Datuk Seri' ditahan kerana ugut polis
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya, 41 tahun jam 8.30 malam Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Berdasarkan kajian yang dibuat 31 peratus orang Melayu mahu parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.

Rozman tidak tinggalkan Warisan untuk sokong Muhyiddin
Ketua Whip Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Rozman Isli menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan dan presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
WHO memberi amaran bahawa adalah sesuatu yang 'pramatang' atau tidak realistik untuk membuat tanggapan kononnya boleh 'menewaskan' sepenuhnya pandemik itu pada akhir tahun ini.

COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.

Permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran mulai hari ini - KWSP
KWSP dalam satu kenyataan, meminta pemohon bersabar kerana proses meluluskan permohonan itu sedang berjalan.

Berdepan kesan psikologi, Jepun minta China henti ujian calitan dubur terhadap rakyatnya
Ujian tersebut melibatkan pelapik dimasukkan sedalam tiga hingga enam sentimeter ke dalam rektum untuk mendapatkan sampel.

AWANI Ringkas: Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo Bee Yin | Tabung Haji umum agihan keuntungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Jurusolek kerugian RM100,000, lesen perniagaan pengurup wang dijanjikan lesap
Kejadian dilaporkan berlaku pada Januari 2017 selepas mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya boleh mendapatkan lesen perniagaan dengan cepat.

Tidak tahu Siti belum sedia kongsi wajah anak
Katanya, dia hanya berniat untuk berkongsi kegembiraan dan tidak menyangka status tersebut mengundang kemarahan banyak pihak.

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'
Vinny Ohh setakat ini sudah menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selain turut menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Alaha Majid atasi sakit hendak bersalin dengan bersolek tebal
Antara kelengkapan solekan yang dibawa Alaha Majid ke hospital adalah bulu mata palsu, gincu bibir dan palet pembayang mata 35 warna.