awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol

Bernama
Bernama
19/02/2025
10:40 MYT
Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
M. Thanendran, 36, didakwa menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak berumur enam tahun 10 bulan itu di sebuah kondominium di Brickfields di sini pada 6 petang, 25 Ogos 2023. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol, dua tahun lepas.
M. Thanendran, 36, didakwa menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak berumur enam tahun 10 bulan itu di sebuah kondominium di Brickfields di sini pada 6 petang, 25 Ogos 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, peguam R. Mageswaran memohon jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga dan isterinya sedang hamil.
Hakim Izralizam Sanusi membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes aniaya
#pengasuh
#kes mahkamah
#ketuk kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan