awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera didakwa memandu ketika mabuk sehingga sebabkan kematian dua guru

Bernama
Bernama
17/01/2024
05:09 MYT
Jurutera didakwa memandu ketika mabuk sehingga sebabkan kematian dua guru
Teoh Joo Leong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua individu. - Foto Bernama
BUTTERWORTH: Seorang jurutera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian dua guru lelaki pada Disember tahun lepas.
Teoh Joo Leong, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.
Dia didakwa memandu dalam keadaan paras alkohol di dalam badannya melebihi had ditetapkan dan menyebabkan kematian Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, apabila terlibat dalam kemalangan pada kira-kira 2.30 pagi 16 Dis 2023 di Jalan Permatang Baru dekat sini.
Teoh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun serta denda minimum RM8,000 dan maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Chew Anthony memohon jumlah minimum atas alasan Teoh seorang duda dan terpaksa menanggung tiga anak masih bersekolah serta ibu bapa yang sudah tua.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac sebagai tarikh serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#memandu dalam keadaan mabuk
#Teoh Joo Leong
#sebabkan kematian dua guru
#Mahkamah Majistret Butterworth
#Muhammed Ahsan Mohamed Ayub
#Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan