awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera didenda RM1,000 conteng tulisan 'terrorist' di Kedutaan AS

Bernama
Bernama
08/11/2023
09:53 MYT
Jurutera didenda RM1,000 conteng tulisan 'terrorist' di Kedutaan AS
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera projek syarikat swasta didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menconteng tulisan terrorist di tembok bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan cat penyembur merah, bulan lepas.
Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan harta benda kepunyaan kedutaan itu dengan menyebabkan kerugian sebanyak RM200 di tembok luar bahagian utara kedutaan itu di Jalan Tun Razak di sini pada 5.30 hingga 5.45 pagi, 28 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu.
Peguam Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang rendah tanpa pemenjaraan atas alasan anak guamnya masih bujang dan menanggung keluarga.
"Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku di Palestin kerana dia hanya menyampaikan pandangan peribadinya kepada pihak kedutaan dan bukan mahu menyebabkan kerugian kepada mana-mana pihak," kata peguam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#conteng kedutaan AS
#Kedutaan Amerika Syarikat
#terrorist
#hukuman denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan