Juruterbang PDRM diingat terus setia mencurah khidmat kepada pasukan - KPN

Mohd Khalid (dua, kiri) menyampaikan sijil kepada pelatih pada perasmian majlis pemakaian sayap penerbangan dan penutupan rasmi Kursus Lesen Juruterbang Persendirian bilangan 20 siri 1/2023 (Helikopter) di PLPGU hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya terus setia menanam tekad dalam mencurahkan sumbangan dan khidmat bakti kepada pasukan keselamatan itu.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara menegur juruterbang PDRM yang berhenti untuk menyertai syarikat penerbangan komersial, menyebabkan kerugian operasi pasukan dan negara serta kos tinggi melatih juruterbang baharu.
- Peserta kursus lesen penerbangan PPL ditekankan untuk menjaga aset pasukan yang bernilai tinggi dan memberi keutamaan kepada keselamatan nyawa dan aset ketika bertugas.
- Usaha penambahbaikan PLPGU diperkasa dengan perancangan latihan bertaraf tinggi sehingga Commercial Pilot Licence dan mempertimbangkan kerjasama strategik untuk meningkatkan kejurulatihan dan perolehan aset latihan kritikal.
"Tambahan pula, pasukan terpaksa menanggung kos tinggi untuk melatih juruterbang baharu. Ingatlah dan hargailah jasa PDRM yang telah membuka ruang serta peluang keemasan ini," titahnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pemakaian Sayap Penerbangan dan Penutupan Rasmi Kursus Lesen Penerbangan Persendirian (Private Pilot's Licence - PPL) bilangan 20 siri 1/2023 (Helikopter) di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), DCP Datuk Noor Sham Md Jani.
Mohd Khalid berkata dengan pentauliahan lesen dan tamatnya kursus juruterbang ini, peserta turut diamanahkan menjaga aset pasukan yang bernilai ratusan juta ringgit.
"Justeru, aspek keselamatan nyawa dan aset perlu sentiasa menjadi keutamaan setiap kali anda bertugas mengendalikan aset-aset udara ini," katanya.
Noor Sham dalam ucapan aluannya pula berkata usaha penambahbaikan PLPGU terus diperkasa melalui perancangan latihan bertaraf tinggi sehingga ke peringkat Commercial Pilot Licence (CPL).
Katanya, PGU sedang mempertimbangkan cadangan penambahbaikan melalui kerjasama strategik antara KOP Aviation dan Gading Air Services Sdn. Bhd, yang menumpukan pembangunan modal insan khususnya dalam aspek kejurulatihan dan perolehan aset latihan kritikal.
"Langkah ini bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, tetapi sebagai persiapan jangka panjang agar PLPGU mampu berdiri sendiri sebagai pusat latihan penerbangan yang berdaya saing dan berwibawa," katanya.
Pada majlis hari ini, seramai sembilan pegawai kanan polis termasuk enam pegawai wanita muncul sebagai kumpulan pertama Kursus Lesen Penerbangan Persendirian (PPL - helikopter) yang berjaya menamatkan latihan penerbangan mereka.
Mereka ialah Insp Muhammad Syafiq Rosli, 32; Insp Nur Nazarith Sofia Abdul Malik, 32; Insp Norashikin Jamid, 29; Insp Nur Izzati Bohari, 31; Insp Faten Nabela Rashdi, 32; Insp Norfazilah Md Zaki, 30; Insp Muhammad Muzzamer Mohd Rasid, 31; Insp Mohammad Azim Fiqri Jamaludin, 29; dan Insp Nursairah Farhana Mohd Noor, 30.
Kursus tersebut bermula pada 6 Nov 2023 dan berakhir pada 24 Nov lalu, melibatkan fasa akademik dan fasa penerbangan menggunakan helikopter EC120B.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


