Juruterbang, pelatih cedera, kemalangan pesawat ringan di Lapangan Terbang Tekah

Juruterbang berumur 46 tahun dan pelatih berumur 40 tahun dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM
TAIPING: Seorang juruterbang dan seorang pelatih, kedua-duanya lelaki, cedera selepas pesawat ringan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Tekah, dekat sini, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Pesawat ringan terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Tekah, menyebabkan juruterbang dan pelatih lelaki cedera selepas pendaratan kecemasan akibat kerosakan enjin.
- Juruterbang berumur 46 tahun dan pelatih berumur 40 tahun dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dengan keadaan stabil.
- Polis Daerah Taiping mengambil langkah proaktif untuk memantau keadaan serta menggalakkan masyarakat melaporkan maklumat demi keselamatan awam di kawasan tersebut.
Menurutnya, anggota polis yang bertugas di Cawangan Pusat Kawalan Daerah telah menerima maklumat melalui sistem NG MERS 999 mengenai kemalangan sebuah pesawat ringan Microlight yang melibatkan dua individu mengalami kecederaan di kawasan lapang berhampiran lapangan tersebut.
“Kedua-dua lelaki terlibat telah dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini.

Seorang juruterbang dan seorang pelatih cedera selepas pesawat ringan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Tekah. - Foto PDRM
Mohamad Nasir berkata, sejurus menerima maklumat tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan penilaian awal.
Menurutnya, pihak polis akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa, termasuk menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan bagi memastikan tindakan kawalan risiko dan keselamatan penduduk sekitar dapat dilaksanakan secara berkesan.
Katanya, Polis Daerah Taiping menyeru kepada masyarakat, penduduk Taiping khususnya, terus menyalurkan maklumat kepada pihak polus bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


