awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#JusticeForBella: 'Pernah lihat Bella dipukul dengan penyangkut baju' - Saksi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/07/2021
10:00 MYT
#JusticeForBella: 'Pernah lihat Bella dipukul dengan penyangkut baju' - Saksi
Di tubuh Bella yang juga seorang remaja OKU Sindrom Down terdapat kesan melecur dipercayai dia telah didera di sebuah rumah perlindungan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kisah seorang remaja OKU berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Ramai yang masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku pada anak syurga itu.
Menerusi peguam Mahmud Jumaat, Astro AWANI menemu bual beberapa orang saksi yang juga bekas penghuni rumah perlindungan yang juga pernah dinaungi Bella.
Saksi-saksi yang ditemui Astro AWANI mengakui, ketika berlindung di rumah kebajikan itu, mereka sering melihat beberapa tindakan kebiadapan dan tidak berperikemanusiaan.
Lantaran tidak mampu menahan amarah dan geram serta sakit hati, saksi-saksi berkenaan nekad melarikan diri dari rumah itu untuk mengubah nasib dan masa depan sendiri.
Saksi yang tidak didedahkan identitinya mendakwa, melihat juga pernah melihat bagaimana Bella dipukul termasuk beberapa perbuatan lain.
“Saya pernah saksikan dia (suspek) pernah pukul Bella dengan ‘hanger’ (penyangkut baju) sehingga patah.
“Dia suruh penghuni lain ambil cili dan sumbat ke mulut dia kerana tidak mengaku kesalahan, pastinya dia (Bella) takut," dakwa saksi itu lagi.
Menurut saksi tersebut, sebelum didera, Bella dikenali sebagai seorang remaja yang ceria.
Namun, penderaan yang dilalui itu mengubah personaliti Bella yang sentiasa murung.
Dalam pendedahan itu, saksi juga mendakwa, penghuni di rumah kebajikan itu juga berhadapan dengan tekanan fizikal dan mental.
Ini merupakan bingkisan daripada kisah yang diperoleh daripada kesemua saksi yang tampil berkongsi pendedahan.
Saksikan Laporan Khas di AWANI 745 malam ini berhubung pendedahan yang dikongsikan kesemua saksi.
Laporan Khas | Penderaan Bella, saksi tampil kongsi pendedahan
BACA: Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan BACA: #JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana! BACA: #JusticeForBella: Mahkamah tolak permohonan reman terhadap suspek
Topic Berkaitan
#justice for bella
#Sindrom Down
#kes dera
#OKU
#rumah perlindungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan