KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung MCA Tan Sri Kam Woon Wah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan anak lelakinya Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow bagi menentukan kesihatan mental bapanya.
Jutawan berusia 92 tahun itu memfailkan permohonan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Y C Wong pada 27 Dis lepas.
Kam memohon membatalkan saman difailkan Tai Yeow, 59, atas alasan saman itu tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Kam mendakwa beliau pada masa material, dapat menguasai minda dengan sepenuhnya dan berkemampuan penuh untuk menguruskan hal ehwal diri dan syarikat-syarikat di bawah tanggungjawabnya seperti yang disahkan dalam laporan oleh pakar psikiatri perunding bertarikh 16 Dis 2021.
Sehubungan itu, defendan mendakwa anaknya tiada hak untuk memfailkan saman pemula itu.
Pada 20 Dis lepas, Tai Yeow memfailkan saman pemula bagi menentukan kesihatan mental bapanya yang didakwa berubah secara mendadak sejak beberapa tahun ini termasuk mempunyai masalah kesukaran untuk berkomunikasi dan kelihatan seperti seorang yang hilang ingatan.
Beliau memohon mahkamah memutuskan sama ada bapanya berupaya memberikan arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya dalam tempoh defendan telah bercelaru mental.
Tai Yeow juga memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan suatu senarai tentang kesemua aset dan harta yang dimiliki oleh defendan.
Plaintif turut memohon perintah supaya defendan hadir ke di mahkamah bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 bagi membolehkan pakar kesihatan mental yang difikirkan sesuai oleh mahkamah untuk akses penuh dan tanpa had ke atas defendan bagi tujuan pemeriksaan sendiri.
Tai Yeow memohon perintah mahkamah untuk melantik jawatankuasa bagi menguruskan hal ehwal defendan dan estetnya, jika defendan didapati sebagai seorang kecelaruan mental dan tidak mampu menguruskan dirinya serta hal ehwalnya sendiri.
Mahkamah menetapkan 3 Jan untuk pengurusan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Kam memohon membatalkan saman difailkan Tai Yeow, 59, atas alasan saman itu tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah. - Gambar fail/Astro AWANI
1,245 peserta tarian berpakaian etnik, Sarawak catat nama dalam MBOR
Sarawak menempah nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk peserta terbanyak berpakaian etnik dalam persembahan tarian berkoreograf dengan penyertaan 1,245 individu di Tebingan Sungai Kuching pada Ahad.
Ewon harap Pesta Kaamatan dijadikan wadah penyatuan
Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berharap Pesta Kaamatan juga perlu dijadikan sebagai wadah penyatuan masyakarat berbilang kaum di negara ini.
Pesta Kaamatan platform perkukuh perpaduan dan persefahaman kaum
Pesta Kaamatan peringkat Sandakan menyatukan pelbagai etnik di negeri itu dengan pelbagai program dan pertandingan yang disusun atur berdasarkan tema 'Kaamatan melangkaui Keterjaminan Makanan'.
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Menara Jendela Kampung Mangga Balung manfaatkan lebih 1,400 penduduk
Penduduk di Kampung Mangga Balung, Tawau dan kawasan sekitarnya amat bersyukur kerana akhirnya mereka dapat menikmati capaian internet dengan baik selepas menara jendela di kawasan mereka siap dan beroperasi sepenuhnya.
Kembalikan UPSR, Sarawak hargai sokongan KPM
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menghargai sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap leputusan Sarawak mengembalikan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR)
Sarawak kaji mekanisme turbin hasilkan tenaga boleh diperbaharui
Sarawak akan mengkaji kaedah penjanaan bersama atau ‘cogeneration’ tenaga boleh diperbaharui melibatkan arang dan biojisim seperti yang dilakukan di negara jiran Thailand.
Sarawak kaji pendekatan kenaikan gaji minimum
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan pendekatan gaji inimum di Sarawak adalah berdasarkan produktiviti serta kemahiran yang diperlukan untuk ekonomi masa hadapan.
Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahan hak perlembagaan Sabah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof menegaskan Jabatan Peguam Besar Negeri telah memainkan peranan penting dalam rundingan ini, memastikan tuntutan undang-undang dan perlembagaan Sabah diwakili dengan berkesan.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
Jutawan Kam Woon Wah mohon batal saman anak bagi tentukan kesihatan mentalnya
Bekas Setiausaha Agung MCA Tan Sri Kam Woon Wah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan anak lelakinya Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow bagi menentukan kesihatan mental bapanya.