awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/05/2024
10:49 MYT
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Semua anggota polis diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua balai di negeri itu susulan kejadian seorang lelaki menceroboh dan cuba merampas senjata anggota di Balai Polis Dato' Keramat di sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Negeri, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI berkata, semua anggota diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
"Semestinya kawalan keselamatan akan dipertingkatkan dan saya meminta semua petugas (anggota) sentiasa berada dalam keaadaan siap siaga dan berwaspada sepanjang mereka bertugas," katanya.
Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan susulan PDRM selepas insiden seorang lelaki menceroboh balai Polis Dato' Keramat dan cuba merampas senjata api submesingan HK MP5 milik anggota polis bertugas.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap keselamatan di balai polis seluruh negara berikutan serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun, serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#serang anggota polis
#tingkat keselamatan
#Hamzah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan