awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K-KOMM akan perkenal aplikasi khas antipenggodam

Bernama
Bernama
12/08/2022
14:50 MYT
K-KOMM akan perkenal aplikasi khas antipenggodam
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khas bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memperkenalkan aplikasi khas bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pertemuan dengan pemilik aplikasi itu akan diadakan di luar negara dalam masa terdekat.
"Saya juga sedang meminta supaya Cyber Security Malaysia (CSM) membuat kajian spesifik berhubung aplikasi ini kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum dilancarkan kepada rakyat di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout di premis perniagaan sekitar Kok Lanas hari ini,
Mengulas lanjut, Annuar berkata aplikasi antipenggodam itu boleh digunakan di semua peranti yang didaftarkan di negara ini.
"Sekiranya ia berbayar, kita akan pastikan harga yang dikenakan adalah berpatutan dan sesuai untuk semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#K KOMM
#aplikasi khas
#antipenggodam
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#Annuar Musa
#Cyber Security Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan