awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
Sasaran IMF perlu disemak semula susulan impak siklon - Bank Pusat Sri Lanka
Mogok terbesar dalam sejarah New York susulan kegagalan rundingan kontrak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan

Bernama
Bernama
13/06/2017
14:05 MYT
Kabinet Sarawak akan bincang isu Cukai Pelancongan Khamis minggu depan
Abdul Karim (gambar) sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan persekutuan menangguhkan penguatkuasaan cukai tersebut di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan. - Gambar fail
Kerajaan negeri akan membincangkan isu Cukai Pelancongan dalam mesyuarat kabinetnya pada 22 Jun ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
"Kita tunggu keputusan kabinet (Sarawak) kerana saya tidak boleh membuat keputusan bersendirian.
"Apa juga keputusan kita akan pastikan ia holistik supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Abdul Karim juga yakin isu itu dapat diselesaikan dengan baik.
Ditanya mengenai kegagalan anggota parlimen dari Sarawak membantah akta itu semasa ia dibentangkan dalam bentuk rang undang-undang di Parlimen pada sesi lalu, Abdul Rahim berkata beliau tidak mahu menyalahkan anggota parlimen terbabit.
"Jika kita lihat bagaimana undang-undang ini dibawa ke Parlimen masa itu... kenapa ia dibuat secara tergesa-gesa?
''Kalau tidak silap saya ada lapan rang undang-undang dikumpul bersama dan rang undang-undang cukai pelancongan ini adalah yang terakhir dibahaskan. Kalau tidak silap saya ia dibahas pada jam 4 pagi.
''Bagi saya itu adalah waktu untuk orang berehat dan tidur dan kenapa begitu terdesak untuk dibahaskan (pada masa itu)," katanya.
Abdul Karim sebelum ini dilaporkan meminta kerajaan persekutuan menangguhkan penguatkuasaan cukai tersebut di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa impak negatif kepada industri pelancongan.
Kenyataan Abdul Karim itu dibidas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sekali gus mencetuskan polemik.
Cukai itu yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai ini mengenakan kadar RM2.50 hingga RM20 semalam untuk penginapan di hotel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#cukai pelancongan
#mesyuarat Kabinet
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan