Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem 'sewa dan beli' bertujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata sistem sewa dan beli itu akan dilaksanakan di 170 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata pada peringkat pemulaan, lima kawasan iaitu satu di Kelantan, dua di Selangor, Negeri Sembilan (satu) dan Kuala Lumpur (satu) dibuka untuk tawaran sewa dan beli yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 4,000 keluarga.
"Kerajaan mengambil maklum bahawa ramai yang berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah layak untuk membeli rumah PPR ini namun mereka ini didapati tidak layak mendapat pinjaman bank.
"Kerajaan bersetuju bahawa rumah yang nak dijual itu kita buat sewa dan beli. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah dan pelancaran program transformasi sosial di rumah pangsa Sri Bandar, dekat sini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohammed Mentek.
Mengulas lanjut, Noh berkata mereka yang ditawarkan rumah menerusi sistem sewa dan beli yang berharga RM35,000 seunit bagi Semenanjung dan RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh menjual unit tersebut kepada individu lain.
"Mereka yang ingin menjualnya, perlulah menjual semula kepada kementerian. Ini membolehkan kementerian menawarkannya kepada mereka yang lain yang kurang berkemampuan selain untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan," katanya.
Ditanya mengenai kadar dan tempoh masa sewaan yang akan diberikan, Noh berkata perkara itu sedang dalam perbincangan.
"Ada yang mungkin ditawarkan 20 tahun, ada yang 25 tahun...perkara ini akan kami putuskan kemudian," katanya.
Bernama
Sun Aug 07 2016
Tan Sri Noh Omar berkata mereka yang ditawarkan rumah menerusi sistem sewa dan beli yang berharga RM35,000 seunit bagi Semenanjung dan RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh menjual unit tersebut kepada individu lain.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Tak pernah beli rumah, Will.i.am hanya tidur di hotel
Tidak mempunyai rumah, kata Will.i.am lagi, adalah pilihan yang dibuat kerana berasa dirinya belum belum benar-benar sukses atau berjaya.
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
[KOLUMNIS] Rumah Keluarga Angkatan Tentera - bukan sekadar kebajikan
Sesetengah masyarakat umum masih berpandangan pembinaan RKAT adalah sekadar langkah populis Kementerian Pertahanan dan Kerajaan.
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
27 rumah setinggan atas air roboh dibadai angin kencang
27 buah rumah setinggan atas air roboh di Kampung Simunul tengah hari tadi dipercayai akibat cuaca buruk dan angin kencang.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Enam buah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran
Setiba di lokasi, api sedang marak membakar sederet enam buah rumah dua tingkat namun kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Lebih 17,000 warga emas meninggal dunia sendirian di rumah
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.