awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity

Khalis Khadir
Khalis Khadir
20/12/2024
07:10 MYT
Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Anthony Loke berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu.
Beliau menjelaskan, pencarian dasar laut itu membabitkan satu lokasi baharu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di Selatan Lautan Hindi.
Ia dibuat berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’.
“Mengikut prinsip ini, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat itu jika tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui.
“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan oleh Ocean Infinity adalah berasaskan kepada maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik.
“Cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity ialah cadangan yang kukuh dan wajar diteliti oleh Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, di sini, pada Jumaat.
Jelas Loke, kementeriannya sedang merunding terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity yang dijangka akan dimuktamad pada awal tahun 2025.
Topic Berkaitan
#MH370
#OCEAN INFINITY
#misi pencarian
#Anthony Loke
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan