Kabinet hari ini telah memutuskan pemangku Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu kelak.

"Kami (Kabinet) telah membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi biarlah perdana menteri mengumumkannya," kata Lim pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas.

-- BERNAMA