Johor hari ini lebih baik dalam banyak perkara berbanding lima tahun lalu dan berpotensi untuk menjadi negeri paling maju dan sejahtera berdasarkan rekod pencapaian lima tahun yang dipaparkan dalam Kad Laporan Pencapaian 2013-2018.
Sejak diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pertumbuhan ekonominya berkembang pesat, bukti negeri itu berada di landasan yang betul.
“Lantaran dalam lima tahun ini, kami dapat lihat memang ekonomi Johor tumbuh. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Johor RM100 bilion dan secara purata, pertumbuhan KDNK kami melepasi kadar purata nasional. Johor mendapat 5.9 peratus dan Malaysia 5.1 peratus.
“Johor juga merupakan negeri yang mendapat pelaburan yang paling tinggi lima tahun berturut-turut,” kata Mohamed Khaled.
Johor menjadi destinasi pelaburan utama negara apabila menerima sejumlah RM114.9 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan antara 2013 dan 2017.
Begitu juga, kira-kira 60 peratus daripada RM140.5 bilion pelaburan komited terkumpul berjaya direalisasikan setakat ini dan 8,000 usahawan berjaya diwujudkan di bawah pelan tindakan strategik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Johor.
Dalam bidang perumahan dan pemilikan tanah pula, Johor berjaya menyiapkan 16,000 unit rumah atau 267 peratus daripada 6,000 unit yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan memulihkan 35 projek perumahan terbengkalai atau 250 peratus daripada 14 rancangan yang dijanjikan.
Segala kejayaan yang meletakkan Johor di landasan ke arah menjadi negeri paling maju dan sejahtera ini boleh dilihat di laman web www.dekadbaharujohor.my
Melihat ke hadapan, 10 tahun akan datang bakal menyaksikan permata selatan itu memasuki era kemuncaknya dalam pelbagai aspek.
Tambah Mohamed Khaled, ia dirancang teliti dengan mengambil kira tiga teras utama - kemakmuran material, kesejahteraan sosial dan pemerkasaan keperibadian bangsa Johor.
“Saya percaya rakyat Johor faham dan dapat bersama-sama menjayakan perkara ini kerana seperti yang telah banyak kali diperkatakan, usaha bagi melaksanakan dan menjayakan perkara ini memerlukan semua bangsa Johor mengambil tanggungjawab masing-masing," katanya lagi.
Sejajar dengan agenda nasional seperti Wawasan 2020 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50), beliau percaya masyarakat Johor akan bersama-sama meneruskan usaha kerajaan negeri bagi membangunkan negeri itu.
Hakim Rahman, Isabelle Leong
Sun Mar 25 2018
Mohamed Khaled berkata, Johor juga merupakan negeri yang mendapat pelaburan yang paling tinggi lima tahun berturut-turut. - Gambar Pejabat Menteri Besar Johor
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Jawatan MB Johor, serah kepada Kerajaan Pusat dan Sultan Johor - Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed khaled nordin menyerahkan kepada keputusan Kerajaan Pusat dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor.
Kad laporan serlah potensi Johor jadi negeri termaju
Sejak diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pertumbuhan ekonominya berkembang pesat, bukti negeri itu berada di landasan yang betul.
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018.
3,000 unit rumah kuota bumiputera ditukar status ke lot antarabangsa
Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Johor bantu SPRM siasat kes rasuah hartanah - Khaled
Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan di negeri itu.
Johor rancang bina lapangan terbang di Mersing
Ini berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah terbabit bagi meningkatkan jaringan hubungan di antara Mersing dengan kawasan di sekitarnya.
Laporan polis dibuat berhubung kad identiti bangsa Johor
Polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab mewujudkan isu kad identiti Bangsa Johor.
Forest City: Tun Mahathir umpama pertikai dasar kerakyatan negara - MB Johor
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Tak perlu ragu pendirian Johor walaupun selepas perlaksanaan enakmen LPHJ
Orang ramai tidak perlu ragu pendirian kerajaan negeri dalam mempertahankan raja berpelembagaan meskipun selepas enakmen LPHJ diluluskan.