Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan sebanyak 50 kompaun bernilai RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) atas kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar bagi tempoh antara Januari hingga Disember tahun ini.
Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi suruhanjaya itu, Zulkarnain Mohd Yasin berkata jumlah kompaun yang dikeluarkan meningkat sebanyak 89 peratus berbanding jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun lepas.
"Kompaun-kompaun berkenaan telah dikeluarkan kepada telco pada bulan Mac, September dan yang terbaharu, awal bulan ini (Disember)," katanya dalam kenyataan di laman Facebook suruhanjaya itu.
Menurut Zulkarnain, pada Mac dan September lepas, MCMC mengeluarkan sebanyak 25 kompaun berjumlah RM1.11 juta, manakala pada awal bulan ini, sebanyak 25 kompaun lagi berjumlah RM1.18 juta telah dikeluarkan.
"MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat telco dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam isu pendaftaran palsu kad sim prabayar kerana ia melibatkan isu keselamatan," katanya.
Zulkarnain berkata pengenalan pendaftaran talian prabayar sejak tahun 2006 adalah bagi tujuan keselamatan dan perlindungan pengguna, namun MCMC mendapati siasatan terhadap kes jenayah sering menemui jalan buntu apabila talian yang dikenal pasti digunakan oleh penjenayah adalah talian pendaftaran palsu.
Sehubungan itu, beliau mahu semua syarikat telco lebih bertegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalankan operasi serta tidak mengabaikan aspek keselamatan negara dan kepentingan pengguna.
Pada bulan ini, MCMC mengeluarkan tujuh saman bernilai RM350,000 kepada syarikat Tune Talk Sdn Bhd, enam saman bernilai RM300,000 kepada Digi Telecommunications, Celcom Mobile Sdn Bhd (tiga saman bernilai RM130,000), Celcom Axiata Berhad, Maxis Mobile Service Sdn Bhd dan XOX Com Sdn Bhd masing-masing dua saman bernilai RM100,0000.
Selain itu, saman turut dikeluarkan ke atas Merchantrade Asia Sdn Bhd (satu saman bernilai RM50,000), Ceres Telekom Sdn Bhd (satu saman bernilai RM30,000) dan Altel Communication (satu saman bernilai RM20,000).
Bernama
Wed Dec 23 2015
MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat telco dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam isu pendaftaran palsu kad sim prabayar. - Gambar hiasan
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kad prabayar palsu: 50 kompaun bernilai RM2.29 juta dikeluarkan kepada telco
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata jumlah kompaun yang dikeluarkan meningkat sebanyak 89 peratus berbanding tahun lalu.