awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri

Bernama
Bernama
07/06/2020
13:31 MYT
Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri
Datuk Alexander Nanta Linggi berkata hanya kos barangan yang terlibat dalam pencegahan COVID-19 boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting rambut. - Gambar hiasan
Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukannya membebankan pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata hanya kos barangan yang terlibat dalam pencegahan COVID-19 boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting rambut.
"Sebagai contoh, sekiranya proses menggunting rambut hanya melibatkan penggunaan pemakaian pelitup muka, apron pakai buang, sarung tangan dan cecair pensanitasi tangan maka hanya kos barangan yang terlibat ini sahaja yang boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sambil memberi contoh barangan tambahan yang terlibat adalah apron plastik penutup badan pengguna yang berharga RM3, kos sarung tangan RM0.50 dan cecair pensanitasi tangan RM0.30, Nanta berkata jumlah kos tambahan yang boleh dikenakan ialah RM3.80 sahaja dan pengusaha kedai gunting tidak boleh mengenakan caj tambahan sehingga RM10.
Katanya anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemeriksaan ke atas premis gunting rambut, salun kecantikan dan lain-lain bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan serta membebankan pengguna.
Pada Sabtu, caj gunting dan dandanan dilapor akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi perkhidmatan itu.
Nanta turut menyarankan agar premis gunting rambut dan kecantikan mempamerkan senarai harga setiap barangan tambahan serta caj servis pemotongan rambut bagi membolehkan pelanggan menyemak harga terlebih dahulu dan mengelak kekeliruan.
Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNHEP terhadap mana-mana kedai gunting dan pendandan rambut serta salun kecantikan yang mengenakan caj berlebihan yang tidak munasabah.
Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP), katanya.
Aduan boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019- 2794 317 atau mana-mana bilik gerakan atau melalui pusat panggilan di 1 800 886 800 atau e-mel kepada [email protected].
Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan beroperasi semula mulai 10 Jun dengan SOP yang ketat selepas sektor itu ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Alexander Nanta Linggi
#gunting rambut
#koronavirus
#operasi
#pelanggan
#peniaga
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan