awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka

Bernama
Bernama
08/02/2026
08:00 MYT
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Kapal itu ditahan oleh bot ronda yang melaksanakan Op MURNI dan Op TIRIS 3.0 kira-kira 1 batu nautikan barat daya Pulau Melaka. - Gambar/ APMM
MELAKA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah kapal tangki membawa muatan kira-kira 50 tan metrik minyak diesel tanpa dokumen sah bernilai hampir RM180,000 di perairan Melaka, semalam.
Pengarahnya Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata kapal itu ditahan pada 3.45 petang oleh bot ronda yang melaksanakan Op MURNI dan Op TIRIS 3.0 kira-kira 1 batu nautikan barat daya Pulau Melaka.
"Kapal itu dikendalikan lima kru warga Indonesia berusia antara 21 hingga 62 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan invois pembelian dan mengisytiharkan kargo dalam dokumen Pelepasan Pelabuhan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan penahanan telah dilakukan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa permit sah selain gagal mematuhi peraturan pengisytiharan kargo.
Beliau berkata APMM akan terus mempergiat pemantauan di perairan negara bagi mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan bahan api yang boleh menjejaskan ekonomi serta kesejahteraan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#Maritim Malaysia
#Selat Melaka
#kapal tangki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan