Dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung sebuah keluarga yang mempunyai dua anak menghidap penyakit kritikal seperti yang tular di media sosial sejak semalam, kerajaan negeri menaikkan kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada RM200 kepada RM300.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata kenaikan BKK daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban itu akan mula diberikan November ini.
"JKM telah mengadakan lawatan terhadap keluarga ini iaitu pada Mac 2019 dan lawatan susulan Isnin lalu ... justeru kita putuskan kadar BKK dinaikkan kepada RM300 berbanding RM200 sebelum ini.
"Kerajaan negeri melalui JKM, Baitulmal serta rakan strategik yang lain telah membantu keluarga ini bagi meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Dalam laporan itu, Nur Fatihah Mohamad Azroy berusia setahun dilaporkan mengalami masalah jantung manakala Nur Aisyah Mohamad Azroy berusia empat bulan turut mengalami masalah jantung dan perlu mendapat rawatan secara berkala di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Hospital Serdang, Selangor.
Mengulas lanjut, Tan berkata beliau sendiri merancang untuk mengadakan lawatan sekali lagi terhadap keluarga berkenaan Khamis ini.
Terdahulu, Tan dalam satu kenyataan berkata bertindak daripada aduan, Pejabat JKM Daerah Seremban telah melakukan lawatan ke rumah ibu kanak-kanak berkenaan Farah Idayu Mohd Shah, 29, oleh Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Asnur Hisyam Asura, Pembantu Pembangunan Masyarakat Suryati Kamalrudin dan Pegawai Psikologi Chan Yi Teng kira-kira pukul 5.15 petang, Isnin.
Berdasarkan temu ramah yang dijalankan mendapati keluarga itu adalah penerima BKK sebanyak RM200 sebulan sejak Mei 2019 sehingga kini.
Menurut Farah Idayu, beliau mempunyai tiga orang anak dan yang sulung, Nur Amanina Abdul Qayyum berusia tiga tahun tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Farah Idayu tinggal bersama suami dan tiga orang anaknya di sebuah rumah sewa di Bandar Seremban Selatan, Sungai Gadut dekat sini dan suaminya bekerja sebagai pembantu pasar malam dengan upah sebanyak RM50 sehari selain turut mengambil upah membaiki kenderaan rakan-rakan untuk menambah pendapatan.
Beliau hanya bergantung kepada pendapatan suaminya untuk menampung perbelanjaan susu kedua-dua anaknya bernilai RM750 selain terpaksa mencatu makanan.
Farah Idayu yang menerima bantuan daripada Baitulmal yang digunakan untuk perbelanjaan perubatan anak-anak dan tunggakan sewa rumah memaklumkan, pernah membuat pertanyaan di laman Facebook JKM untuk kenaikan kadar bantuan dan makluman yang diterima, bantuan akan dinaikkan apabila tempoh kaji semula dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019

Kenaikan BKK daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seremban itu akan mula diberikan November ini. - Gambar fail

Sukan Komanwel | Prestasi hebat Malaysia menjanjikan tujuh pingat emas
Wartawan Astro ARENA, Fina Nasrom yang membuat rangkuman Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham yang menutup tirai pada jam 3 pagi Selasa melaporkan, pingat emas ketujuh yang berjaya dirangkul beregu utama wanita negara Pearly Tan - M.Thinaah selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang juga perlawanan penutup menjadi satu kenangan manis buat kontinjen negara.

Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya dan hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Moyang cekal besarkan lima cicit seorang diri
Pesara atendan hospital ini cekal memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada cicitnya yang berusia tujuh hingga 18 tahun.

Suara rakyat: Cadangan bantuan bulanan untuk kanak-kanak disifat kena pada masanya
Adzlizah Amat, 41, menyambut baik cadangan yang dikemukan oleh KRI memandangkan ia akan memberi manfaat besar kepada golongan senasib dengannya.

Kadar bantuan dua kanak-kanak hidap penyakit kritikal dinaikkan - Exco
Dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung sebuah keluarga yang mempunyai dua anak menghidap penyakit kritikal kerajaan negeri menaikkan kadar Bantuan Kanak-Kanak daripada RM200 kepada RM300.