awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar caruman KWSP memadai buat masa ini - Chua Tee Yong

Bernama
Bernama
21/04/2015
05:47 MYT
Kadar caruman KWSP memadai buat masa ini - Chua Tee Yong
CHUA: Langkah menaikkan caruman akan menjejaskan gaji bersih pekerja yang digunakan untuk menampung kehidupan harian. - Gambar Fail
Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) adalah memadai buat masa ini kerana ia telah diselaraskan dengan gaji minimum pekerja.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata langkah menaikkan caruman akan menjejaskan gaji bersih pekerja yang digunakan untuk menampung kehidupan harian.
"Peningkatan peratusan kadar caruman bagi syer pekerja dan majikan sememangnya dapat memberi impak berganda terhadap simpanan persaraan ahli.
"Bagaimanapun, KWSP juga perlu peka dan mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi semasa rakyat Malaysia yang terpaksa mengharungi peningkatan kos sara hidup," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Yoo Wei How mengenai kesediaan KWSP meningkatkan kadar caruman pekerja dan majikan supaya dapat menyelesaikan masalah ketidakcukupan jumlah wang caruman untuk persediaan selepas bersara.
BACA: Pengeluaran pada umur 60 tahun: Kami tiada agenda tersembunyi - KWSP BACA: KWSP beri 4 pilihan tambah baik skim, gesa maklum balas ahli BACA: Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada KWSP - Pemuda UMNO
Chua berkata wang simpanan KWSP adalah untuk tujuan persaraan ahli dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar upah yang diterima, kadar caruman majikan dan pekerja, pemberian dividen tahunan serta sebarang pengeluaran yang dibuat sebelum mencapai umur 55 tahun.
Katanya pengeluaran itu termasuk untuk tujuan perumahan, haji, pendidikan, kesihatan dan hilang upaya serta pengeluaran semasa umur 50 tahun.
Beliau berkata kecukupan simpanan persaraan ahli juga bergantung kepada kesedaran mereka untuk menabung lebih awal bagi menyelaraskan simpanan dengan gaya hidup yang diingini selepas bersara.
"Ahli juga perlu mengambil kira keadaan kesihatan mereka semasa persaraan dengan menyediakan simpanan secukupnya memandangkan kos kesihatan yang semakin meningkat," katanya.
Topic Berkaitan
#Chua Tee Yong
#Dewan Negara
#KWSP
#persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan