awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar GST kekal, Najib nafi dakwaan DAP Sarawak

Bernama
Bernama
01/04/2016
15:53 MYT
Kadar GST kekal, Najib nafi dakwaan DAP Sarawak
Najib berkata demikian ketika dalam majlis bertemu rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood di Miri, malam Jumaat. - Foto Bernama
Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN).
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa kadar GST genap setahun dilaksanakan itu akan kekal pada masa ini.
Beliau menafikan dakwaan DAP Sarawak bahawa kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada sekurang-kurangnya 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang besar dalam PRN-11.
Pada Khamis, Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa langkah itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan berterusan hasil kerajaan.
"Tidak ada rancangan untuk menaikkan kadar GST di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia," kata Najib ketika mengucap pada majlis bertemu rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood, di sini, malam ini.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu serta anggota barisan Kabinet negeri.
Najib berkata walaupun harga minyak jatuh di pasaran dunia, kerajaan akan mencari sumber lain bagi membiayai program pembangunan negara.
Katanya pembangkang cuba mengeksploitasi isu GST bagi membuat rakyat benci terhadap kerajaan.
Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda pembangkang bahawa GST membebankan rakyat dan tanpanya kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.
"Kita tidak mengejar untuk menjadi kerajaan populis. Kami sentiasa cuba melakukan perkara yang betul untuk rakyat," katanya.
Najib berkata rakyat tidak boleh menukar kerajaan sedia ada secara tidak berperlembagaan menerusi demonstrasi jalan atau pungutan suara tetapi kaedah terbaik adalah menerusi peti undi.
Pada majlis itu, perdana menteri mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM350 juta untuk menaik taraf Hospital Miri secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi membolehkan PRN-11 diadakan.
Topic Berkaitan
#DAP Sarawak
#kadar GST
#Najib nafi GST naik
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan