awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta

Bernama
Bernama
24/05/2024
09:06 MYT
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Nanta berkata, kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun. - Gambar fail/Bernama
SIBU: Jadual kadar harga kerja bagi kontraktor G1-G4 telah dinaikkan mengikut kos bahan dan perkhidmatan yang telah meningkat, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Justeru katanya tiada alasan kontraktor terbabit untuk tidak melaksanakan kerja dengan baik yang membabitkan 457 kerja bernilai RM300 juta di seluruh negara.
Beliau berkata kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
"Oleh kerana itu kerajaan memang mengharapkan semua kerja ini akan disempurnakan dengan baik. Tidak boleh lagi dikatakan harga kerja tidak berpatutan atau tidak dapat menampung kos yang terlibat dan sebagainya kerana kita dah buat peningkatan dalam jadual kerja kepada kerja-kerja yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan Undi Kerja Berkala Bagi Kontraktor G1-G4 Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak Tahun 2024 di sini hari ini.
Dalam ucapannya sebelum itu beliau berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 Di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta menerusi Belanjawan 2024.
Beliau berkata sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi 336 kerja manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah dan Labuan bagi 121 kerja.
Program cabutan undi hari ini melibatkan 64 kerja di Sarawak iaitu 41 kerja berkala 'pavement' berjumlah RM42.5 juta dan 23 kerja berkala bukan 'pavement' berjumlah RM7.5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar harga kerja
#Kontraktor
#kos bahan
#perkhidmatan
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan