awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi

Bernama
Bernama
03/06/2023
09:01 MYT
Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
RAFIZI: Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia dijangka kekal menyederhana tahun ini berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh data ekonomi untuk beberapa bulan akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Justeru, kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023, katanya.
"Kami (kerajaan) akan terus fokus kepada meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan di peringkat komuniti tempatan dan naratif harga makanan yang dimasak haruslah sederhana," katanya kepada media selepas melancarkan Invest Fair 2023 di sini hari ini.
Menurut Rafizi, negara telah menyaksikan angka inflasi terkawal dengan 11 bulan berturut-turut inflasi menyederhanakan dengan memfokuskan pada beberapa siri langkah penstabilan.
"Ia adalah gabungan usaha. Ada yang berorientasikan pasaran dan ada yang bersifat asas (fundamental) tetapi secara keseluruhannya, kami menjangkakan aliran menurun ini akan berterusan sepanjang tahun," tambahnya.
Sementara itu, mengulas mengenai dasar monetari negara, Rafizi menyatakan Kadar Dasar Semalaman dan dasar monetari didorong oleh data jangka panjang dan data berasaskan bukti yang tersedia untuk Bank Negara Malaysia (BNM).
"Melainkan ia mula mencerobohi jaringan keselamatan sosial atau memberi impak semerta kepada ekonomi, maka kita akan mengadakan perbincangan dengan BNM.
"Sementara itu, kerajaan akan memantau bagaimana pasaran bertindak balas terhadap kemelut had hutang di Amerika Syarikat. Semoga ia dapat diselesaikan minggu depan," katanya.
Bertemakan 'Grow your money lahh!'', Invest Fair 2023 selama dua hari itu menyaksikan lebih 50 penceramah pakar yang akan berkongsi pengetahuan mereka meliputi spektrum topik yang luas, termasuk tinjauan pasaran terkini, pandangan mendalam sektor serta topik berkaitan pelaburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#kadar inflasi
#dasar monetari negara
#kadar dasar semalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan