awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Sarawak menurun - Dr Chin

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2021
13:15 MYT
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Sarawak menurun - Dr Chin
Ujar Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing, beliau akan terus mengikuti perkembangan berkaitan kebolehjangkitan di Sarawak menerusi kemas kini maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). -Gambar fail
KUCHING:Kadar kebolehjangkitan virus COVID-19 di Sarawak ketika ini mencatatkan penurunan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing, kadar kebolehjangkitan di negeri itu kini menurun kepada 0.96 berbanding 1.41 yang dicatatkan pada 14 Januari lalu.
"Jika dilihat pada 14 Januari lalu, apabila Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu 255 kes positif COVID-19, kadar kebolehjangkitannya berada pada tahap 1.41 dan ia berterusan meningkat.
"Dengan kaedah kawalan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, kadar ini telah menurunkan kepada paras satu iaitu pada 8 Februari dan ia berterusan menurun kepada angka 0.96 setakat semalam (Selasa)," dedahnya pada sidang media harian Jawatatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Rabu.
Ujar beliau, penurunan tersebut melibatkan beberapa faktor. Antaranya, pengesanan secara aktif kontak rapat dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dimainkan oleh masyarakat negeri berkenaan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau kadar kebolehjangkitan ini. Kita berharap trend yang dicatatkan ketika ini akan berterusan.
"Kita perlu bekerjasama dengan mematuhi SOP untuk memastikan kadar kebolehjangkitan berada di bawah paras satu," jelasnya.
COVID-19 | Kadar kebolehjangkitan di Sarawak menurun
Tambah beliau lagi, dengan langkah yang konsisten ini, Sarawak mampu mengurangkan pertambahan kes baharu COVID-19, sekali gus mengawal penularan wabak itu dalam kalangan masyarakat.
Sebelum ini, seperti dimaklumkan KKM, kadar kebolehjangkitan Sarawak tertinggi dicatatkan pada 1.50 iaitu pada 22 Januari lalu.
Dalam pada itu, Sarawak pada hari ini mencatatkan 135 kes positif baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,006 kes.
Antara lain, 15 kluster masih kekal aktif di negeri itu.
BACA: Kawasan rumah pangsa dan perumahan Town Villa di Sibu Jaya dikenakan PKPD
Topic Berkaitan
#Kebolehjangkitan di Sarawak menurun
#COVID-19
#pandemik
#Dr Chin Zin Hing
#Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan