awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/10/2023
05:07 MYT
Kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan - Timbalan Menteri
Hui Ying berkata, kadar keciciran murid peringkat rendah menurun daripada 0.12 peratus pada tahun 2019 kepada 0.07 peratus pada tahun 2022. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Statistik Kementerian Pendidikan (KPM) dari tahun 2019 hingga 2022 menunjukkan kadar keciciran murid menunjukkan trend penurunan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kadar keciciran murid peringkat rendah menurun daripada 0.12 peratus pada tahun 2019 kepada 0.07 peratus pada tahun 2022.
Manakala, bagi peringkat menengah pula, Hui Ying memaklumkan kadar keciciran menurun daripada 1.14 peratus pada tahun 2019 kepada 0.99 peratus pada tahun 2022.
Begitupun, bagi tahun 2023, KPM akan memuktamadkan data kadar keciciran murid selepas menerima maklumat enrolmen dari agensi selain KPM.
“Bagi tempoh 2019 hingga 2022, pada peringkat sekolah rendah keciciran murid yang melibatkan Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 menunjukkan peningkatan.
“”Manakala Tahun 2 dan Tahun 5 menunjukkan tiada keciciran murid dan penurunan dalam tempoh tersebut.
“Pada peringkat sekolah menengah pula, berlaku peningkatan kadar keciciran murid bagi Tingkatan 2 dalam tempoh tahun 2019 hingga 2022.
“Manakala terdapat penurunan kadar keciciran yang melibatkan Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dalam tempoh berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, antara sebab utama murid berhenti adalah tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga, berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Lee Chean Chung (PH - Petaling Jaya) berkaitan kadar keciciran murid di Dewan Rakyat pada Rabu.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#keciciran murid
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan