awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kegagalan usahawan Bumiputera masih tinggi - Gabem

Bernama
Bernama
29/03/2017
22:04 MYT
Kadar kegagalan usahawan Bumiputera masih tinggi - Gabem
Gabem telah melaksanakan Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara sejak 2010. - Gambar hiasan
Kadar kegagalan usahawan bumiputera dalam perniagaan masing-masing masih tinggi dan di tahap yang tidak memuaskan, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik.
Malah, katanya, daripada 100 syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 18 syarikat didapati berjaya dalam tempoh lima tahun ini.
"Kita tak puas hati dengan keadaan ini kerana hanya 18 sahaja yang berjaya dan mampu bertahan manakala (usahawan) syarikat lain masih bertatih serta ada yang terpaksa gulung tikar.
"Antara punca kegagalan ini adalah sikap usahawan yang tidak serius dalam perniagaan, kurang ilmu pengetahuan dan tiada bimbingan, kurang jaringan serta tidak membuat kajian pasaran terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) di sini, hari ini.
Hadir sama Pro Canselor UniKL MFI, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Mengulas selanjutnya, Abdul Rahim berkata bagi mengelak masalah itu berlanjutan, Gabem berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan mahasiswa.
"Di universiti ada pelbagai bidang seperti teknikal, teknologi, inovasi dan kreativiti. Kalau kita dapat bentuk mahasiswa menjadi usahawan, mereka lebih mudah berjaya dan kadar kegagalan usahawan bumiputera itu dapat diubah.
"Apa yang Gabem laksanakan ini juga selari dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mahukan kecemerlangan sekarang diteruskan oleh peranan generasi muda di masa depan," katanya.
Sejajar usaha itu, Abdul Rahim berkata pihaknya telah melaksanakan Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara sejak 2010.
Ia bagi menggalakkan mahasiswa menyertai bidang perniagaan selain mempertingkatkan peluang ekonomi dan perniagaan sedia ada.
Sementara itu, Adham berkata pihaknya menyambut baik usaha Gabem melaksanakan program tersebut di UniKL MFI.
"Modul dilaksanakan Gabem ini selari dengan hasrat universiti kami untuk melahirkan usahawan berjaya dalam bidang teknikal sejak tahun lalu.
"Daripada 6,000 siswazah yang tamat pengajian setiap tahun, seramai 1,000 orang menceburi bidang keusahawanan sejak di universiti lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#TN50
#Transformasi Nasional 2050
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan