TAMPIN: Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Bagaimanapun beliau berkata beliau tidak menolak kemungkinan kadar itu meningkat, susulan ketetapan dari kerajaan Arab Saudi yang menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus.
"Selain perubahan prosedur operasi standard (SOP) ibadah itu yang dilaksanakan dalam norma baharu akibat penularan pandemik COVID-19, seperti penjarakan fizikal iaitu had kapasiti bilik hotel yang mengehadkan hanya dua orang dalam satu bilik, sudah tentu akan meningkatkan pertambahan kos.
"Namun kadar sebenar kos haji akan diumumkan selepas mesyuarat kabinet sebelum awal tahun hadapan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Klinik Rohani di sini, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan peningkatan kos ibadah haji itu sebahagian besarnya berkait rapat dengan SOP yang perlu dipatuhi, seperti penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram yang turut dihadkan.
Dalam pada itu, Ahmad Marzuk berkata kerajaan juga menyediakan bantuan subsidi kepada individu yang ingin menunaikan haji, yang mana kos sebenar sebelum COVID-19 adalah sebanyak RM24,000.
"Jemaah haji hanya perlu membayar RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920. Insya-Allah, jumlah dan kadar yang mampu untuk para jemaah nanti," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar sebenar akan diketahui tidak lama lagi termasuk senarai nama-nama mereka yang terpilih menunaikan haji.
Jelasnya, kerajaan akan terus mengekalkan subsidi haji, cuma kadar dan jumlah ditetapkan berdasarkan kewangan semasa tabung haji.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Bagaimanapun Ahmad Marzuk berkata beliau tidak menolak kemungkinan kadar itu meningkat, susulan ketetapan dari kerajaan Arab Saudi yang menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Kadar kos tunai haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan - Ahmad Marzuk
Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.