awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar medan elektromagnetik di Malaysia tidak membimbangkan - SKMM

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
20/04/2016
09:53 MYT
Kadar medan elektromagnetik di Malaysia tidak membimbangkan - SKMM
MOHD ALI: SKMM akan berkerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia, untuk melakukan ujian radiasi, di lokasi stesen pemancar yang telah dibangunkan, bagi memantau kadar radiasi yang dilepaskan. - Foto ASTRO AWANI/MARIAH AHMAD
Kadar medan elektromagnetik (EMF) yang dihasilkan daripada kira-kira 18,000 stesen pemancar di Malaysia masih berada pada tahap terkawal.
Ketua Ekosistem Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohd Ali Anafiah Mohd Yunus berkata kesan radiasi berkenaan berada di bawah satu peratus daripada tahap mandatori yang ditetapkan SKMM.
Jelas Mohd Ali, melalui standard mandatori itu, SKMM akan melakukan satu ujian simulasi sebelum sesebuah stesen pemancar itu dibangunkan.
"Setelah maklumat simulasi diketahui dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan pembinaan menara pun telah dilakukan, SKMM akan mengadakan satu lagi ujian di lokasi untuk mengesahkan maklumat simulasi berkenaan," katanya.
Beliau juga berkata SKMM akan berkerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia untuk melakukan ujian radiasi di lokasi stesen pemancar yang telah dibangunkan bagi memantau kadar radiasi yang dilepaskan.
Mohd Ali berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Sesi Pembukaan Pleno Mesyuarat Kumpulan Penyelidikan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa di Hotel Renaissanace di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#EMF
#medan elektromagnetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan