Kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal dan dijangka tidak melebihi 3.5 peratus tahun ini disebabkan oleh kegawatan ekonomi global, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.
Katanya, Malaysia sentiasa menjadi antara negara yang memiliki kadar pengangguran terendah pada 3.1 peratus.
"Menurut penanda aras Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), apa-apa yang kurang daripada empat peratus masih dianggap sebagai gunatenaga penuh.
"Kerajaan telah menggariskan agenda ekonomi yang dijangka dapat menghasilkan 1.5 juta pekerjaan menjelang 2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberikan pengiktirafan ke atas pusat sehenti untuk program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada Proton Holdings Bhd (Proton) di sini hari ini.
Kementerian tersebut, bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, telah menganugerahkan Proton akreditasi bagi latihan kemahiran automotif.
Riot berkata Malaysia masih boleh dianggap sebagai sebuah negara yang memiliki gunatenaga penuh.
"Saya percaya jika kadar purata pengangguran purata sebanyak 3.1 peratus ini naik, ia tidak akan melebihi 3.5 peratus.
"Selain itu, memang kerajaan mempunyai agenda untuk menghasilkan lebih banyak kerja-kerja baru dan pekerja-pekerja mahir, malahan, perusahaan kecil dan sederhana sekarang ini masih menggaji ramai orang.
"Saya percaya melalui projek-projek seperti Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas dan Taman Perindustrian Samalaju di Sarawak, kadar pengangguran di Malaysia tidak akan melebihi 3.5 peratus," katanya.
Perangkaan utama terkini bagi tenaga buruh di Malaysia menunjukkan kadar pengangguran pada November 2016 adalah sebanyak 3.4 peratus. Tenaga buruh meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada 14.83 juta berbanding dalam bulan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
RIOT: Kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal dan dijangka tidak melebihi 3.5 peratus tahun ini. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kesal kes dera amah, Richard harap beku amah tidak dilaksana
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot memaklumkan beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Hanif Dhakiri untuk menjelaskan situasi semasa.
72,000 dibuang kerja sejak 2016. Ini sebab mengapa anda tidak perlu risau!
Isu peluang pekerjaan, kualiti perkerjaan, cabaran dalam pertumbuhan inklusif yang dihadapi dunia ketika ini adalah bertitik tolak daripada kelembapan ekonomi global sejak 2016, jelas ILO.
Kadar pengangguran di Malaysia untuk 2017 dijangka tidak melebihi 3.5 peratus
Kadar pengangguran di Malaysia adalah terkawal dan dijangka tidak melebihi 3.5 peratus tahun ini disebabkan oleh kegawatan ekonomi global, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.