KUALA LUMPUR:MIDF Research menjangkakan kadar pengangguran Malaysia pada 2020 mencecah sekitar 4.3 peratus daripada 3.3 peratus tahun lepas berikutan penurunan eksport sejak beberapa bulan lepas yang berpotensi menjejaskan prospek pekerjaan dalam sektor perdagangan.
Dalam nota penyelidikannya, ia menyifatkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 dalam pasaran eksport seperti Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom juga boleh menjejaskan unjuran perdagangan serta rancangan pengambilan pekerja berikutnya dalam suku semasa.
Malah, pemulihan pasaran tenaga kerja juga dijangkakan turut memakan masa untuk kembali mencecah paras sebelum berlakunya pandemik tersebut.
"Sejajar dengan pemulihan ekonomi yang berterusan, kami melihat aktiviti pembukaan semula ekonomi dan peningkatan permintaan tenaga kerja yang menyebabkan penurunan kadar pengangguran berbanding paras tinggi pada Mei, 2020.
"Bagaimanapun, kemunculan semula kes jangkitan COVID-19 dan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga awal Disember 2020 hanya terarah kepada pemulihan pasaran kerja yang lebih perlahan. Pada masa sama, kami juga menjangkakan permintaan tenaga kerja bagi sektor perkhidmatan, khususnya perhotelan dan restoran akan susut semula," katanya.
Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan bahawa kadar pengangguran meningkat sedikit kepada 4.7 peratus pada Oktober 2020 berbanding paras tinggi 5.3 peratus pada Mei 2020.
Kadar pengangguran semasa kekal meningkat berbanding tempoh sebelum pandemik (Februari 2020 : 3.3 peratus) berikutan masih banyak syarikat yang belum beroperasi pada kapasiti sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
Lonjakan kes jangkitan COVID-19 dalam pasaran eksport seperti Eropah, Amerika Syarikat dan United Kingdom juga boleh menjejaskan unjuran perdagangan. - Gambar fail
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Pelabur asing rekod belian ekuiti domestik bernilai RM10.2 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing merekodkan belian ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM10.2 juta minggu lepas.
MIDF peruntuk RM60 juta menerusi skim 2CF
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) memperuntukkan sebanyak RM60 juta menerusi skim Pembiayaan Peluang Kedua (2CF) yang dilancarkan pada 16 Jun lalu.
Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkenalkan Penukaran Tenaga untuk menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara-negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.
Belanjawan 2023 akan jana semula pasaran modal tempatan - MIDF
SC akan memudahkan lebih banyak pasaran menengah untuk instrumen pasaran swasta bagi meningkatkan mudah tunai selain membolehkan penemuan harga yang lebih baik.
MIDF kekal unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2022 pada 6.6 peratus
MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 6.6 peratus walaupun terdapat kebimbangan mengenai perkembangan di peringkat global.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
BNM beri MBSB pelanjutan hingga 5 Jan muktamad rundingan pengambilalihan MIDF
Butiran lanjut mengenai urus niaga yang dicadangkan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
MIDF mulakan liputan ke atas KKB
MIDF Research telah memulakan liputan ke atas KKB Engineering Bhd pada RM1.40 dengan penarafan -Beli- dan harga sasaran RM1.50 sesaham.
Institusi tempatan kembali sebagai pembeli bersih pada RM288.68 juta minggu lepas
Institusi tempatan sekali lagi kembali menjadi pembeli bersih pada RM288.68 juta selepas menjadi penjual bersih selama empat minggu berturut-turut sejak minggu berakhir 13 Mei.