KUALA LUMPUR:Kadar pengangguran di negara ini dijangka menurun kepada 4.6 sehingga 4.4 peratus menjelang suku pertama tahun ini.
Menurut Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari, ia disebabkan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi ketika ini.
"Kadar pengangguran agak mendatar, berubah pada kadar sangat sedikit, kadar pengangguran pada Jun 2020 menunjukkan kadar penurunan agak baik.
"Tetapi sekarang agak stabil pada 4.7 dan 4.8 peratus, ini dipengaruhi dengan pembukaan sektor ekonomi kita lakukan. Bergerak ke hadapan, sekarang kita berada di PKP 2.0 tetapi agak berbeza tidak sama seperti PKP 1.0 rata-rata.
"Kemungkinan kita jangkakan, kadar pengangguran suku pertama 2021 berada lebih sedikit rendah berbanding suku keempat 2020 iaitu pada kadar 4.4 sehingga 4.6 peratus," katanya pada Selasa.
Dalam pada itu, jelas Mohd Yusof, kadar pengangguran yang direkodkan pada Disember 2020 hanya menunjukkan peningkatan sebanyak 250,000 penganggur.
"Jika melihat datanya Februari, 525,000 yang menganggur, pada Disember pula 772,000 penganggur, bermakna perbezaan 250,000 orang.
"Pengangguran disebabkan pandemik ini, hanya 250,000 orang tidak seperti diuar-uarkan di luar sana, seakan akan menakutkan mengatakan pengangguran melebihi 700,000 sehingga 800,000 orang.
"Dari segi dasar dan pemerhatian, ini adalah mereka perlu kita bantu dan tangani dalam ekonomi. Ini kerana 500,000 itu adalah kadar pengangguran kerana bukan disebabkan krisis ekonomi, tapi pengangguran geseran, dimana orang berhenti kerja bukan kerana tiada pekerjaan tapi mencari pekerjaan lebih baik," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5% pada 2020, kadar tertinggi sejak 1993 yang merekodkan 4.1%, oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Fareez Azman
Tue Feb 09 2021

Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Perkeso, Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata kadar pengangguran Malaysia dijangka menurun kepada 4.6 sehingga 4.4 peratus pada suku pertama tahun ini. - Gambar fail

MRT Corp sasar dana swasta biaya 10-30 peratus projek MRT3
Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyasarkan suntikan dana swasta bagi membiayai 10-30 peratus daripada keseluruhan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3).

Sindiket Ketum | Anggota ‘Geng Datin’ ditahan di Gua Musang
Polis menumpaskan sebuah sindiket pengedaran daun ketum diketuai oleh seorang wanita berusia 52 tahun, yang dikenali sebagai Geng Datin. Sindiket yang aktif di Gua Musang, Kelantan itu berjaya ditumpaskan selepas wanita berkenaan ditahan ketika sedang memandu di Jalan Lojing-Gua Musang pada jam 7.30 malam Ahad.

Vaksin COVID-19 | Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan yang akan menyertai kejohanan utama di luar negara.

Vaksin COVID-19 | Reezal Merican ketuai KBS terima suntikan
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.

AWANI Ringkas: Kakitangan kesihatan tambahan dihantar ke Sarawak | Geng Datin edar ketum tumpas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Vaksin COVID-19 | 409,784 telah lengkapkan dua dos suntikan
Seramai 409,784 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat Isnin.

COVID-19 | KKM akan hantar kakitangan tambahan ke Sarawak
Bagi menampung keperluan menangani penularan pandemik COVID-19 di Sarawak sekitar tiga hingga lima ratus kakitangan dihantar ke lokasi memerlukan. Menteri Kesihaatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keputusan diambil setelah menilai semua pandangan Pegawai Kesihatan Daerah berhubung isu kekurangan kakitangan di negeri itu.

PICK Fasa 2 | Petugas media di kawasan berisiko diberi vaksin
Dr Adham turut mengesahkan pihak media yang bertugas di lapangan dan berhadapan risiko penularan COVID-19 akan diberikan vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK. Fasa kedua PICK bermula April melibatkan pemberian vaksin kepada golongan rentan dan individu mempunyai komorbiditi.
![[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara [TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899590/15146776701618301952341_640x360.jpg)
[TERKINI] 6 pelajar positif, SJK (C) Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup sementara
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Jaya pada Selasa. Bagaimanapun tempoh penutupan operasi sekolah terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

COVID-19 | Jangan leka semasa musim perayaan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan untuk tidak leka semasa musim sambutan perayaan yang bakal menjelang susulan pandemik COVID-19 yang belum berakhir. Menurut wakil WHO di Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, penting untuk mengetahui kaedah menyambut perayaan keagamaan dalam norma baharu bagi melindungi diri dan orang lain.

Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan majoriti - Anthony Loke
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

PKS perlu manfaatkan sebaiknya #SayaDigital
Peluang tersebut harus digunakan sebaiknya dalam meningkatkan perniagaan mereka.

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar
Perkhidmatan berkenaan akan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh.

Perintah berkurung di Belanda sehingga 29 April
Belanda akan terus melaksanakan perintah berkurung dan kawalan pergerakan sekurang-kurangnya sehingga 29 April ini.

COVID-19: Peniaga siap sedia buka kembali perniagaan di UK
Sektor runcit tidak penting di England kini sedang bersiap sedia untuk dibuka setelah berbulan-bulan tidak dibenar berbuat demikian akibat arahan sekatan COVID-19.

Cuepacs saran SSM dikaji mengikut situasi ekonomi semasa
Presidennya Adnan Mat memaklumkan, hal ini kerana SSM tidak pernah dikaji atau ditambah baik sejak dilaksanakan bermula November 2002.

Kerajaan sentiasa peka kebimbangan komuniti perniagaan - Nanta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa kebimbangan komuniti perniagaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
Promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.