awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran Februari 2023 turun kepada 3.5 peratus - DOSM

Bernama
Bernama
10/04/2023
08:57 MYT
Kadar pengangguran Februari 2023 turun kepada 3.5 peratus - DOSM
Menurut Mihd Uzir, bilangan tenaga buruh pada Februari menunjukkan peningkatan dengan kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejajar perkembangan aktiviti ekonomi semasa. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran Malaysia pada Februari tahun ini menurun kepada 3.5 peratus dengan 591,900 orang penganggur, menurun 0.1 peratus berbanding 3.6 peratus dengan 596,100 penganggur pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Februari menunjukkan peningkatan dengan kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejajar perkembangan aktiviti ekonomi semasa.
"Justeru, bilangan tenaga buruh pada Februari 2023 berada pada trend menaik, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepda 16.78 juta orang (Januari 2023: 16.76 juta orang), merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh pada 69.9 peratus (Januari 2023: 69.8 peratus).
"Situasi yang menggalakkan ini adalah berikutan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menunjukkan trend penurunan," katanya dalam kenyataan berkaitan Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Februari 2023, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, beliau berkata kategori pekerja meliputi 75.7 peratus, yang merangkumi komposisi terbesar penduduk bekerja pada Februari dengan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.25 juta orang berbanding 12.24 juta orang pada Januari.
"Penduduk bekerja sendiri turut mencatatkan kenaikan 0.5 peratus merekodkan 2.89 juta orang pada Februari 2023 (Januari 2023: 2.88 juta orang)," katanya.
Mohd Uzir berkata mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit serta pentadbiran dan khidmat sokongan.
Beliau berkata pada masa yang sama, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan trend yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangguran
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan