KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia terus mencatatkan trend penurunan berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, pengangguran Julai 2022 adalah 620,700 orang (3.7 peratus), turun 0.1 peratus berbanding 630,600 orang (3.8 peratus) yang dicatatkan pada Jun 2022.
Selain itu, kedudukan tenaga buruh pada Julai 2022 juga bertambah baik, dengan peningkatan berterusan dalam bilangan tenaga buruh, iaitu sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan merekodkan 16.60 juta orang berbanding Jun 2022 iaitu 16.57 juta orang.
"Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh yang lebih tinggi direkodkan pada bulan tersebut iaitu pada kadar 69.6 peratus.
"Pada Julai 2022, situasi pasaran buruh Malaysia semakin kukuh susulan pengoperasian berterusan kesemua aktiviti perniagaan, yang mendorong kepada peningkatan dalam permintaan terhadap guna tenaga begitu juga terhadap barang dan perkhidmatan.
"Selaras dengan itu, bilangan penduduk bekerja pada Julai 2022 terus mencatatkan pertumbuhan positif 0.3 peratus kepada 15.98 juta orang (Jun 2022: 15.94 juta orang)," memetik laporan tersebut.
Dari segi sektor ekonomi, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit serta, aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan.
"Begitu juga, guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pembinaan turut menunjukkan peningkatan, manakala penduduk bekerja dalam sektor pertanian serta perlombongan dan pengkuarian menurun," katanya.
Sementara itu, bilangan penduduk luar tenaga buruh terus merekodkan pengurangan iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 7.25 juta orang (Jun 2022: 7.26 juta orang).
Astro Awani
Fri Sep 09 2022
Pengangguran Julai 2022 adalah 620,700 ribu orang (3.7 peratus), turun 0.1 peratus berbanding 630,600 orang (3.8 peratus) yang dicatatkan pada Jun 2022. - Foto BERNAMA
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - Perangkaan
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Nilai jualan dagangan borong, runcit naik 5.5 peratus kepada RM141.1 pada Februari 2024
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM141.1 bilion, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024.
Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.
Nilai jualan sektor pembuatan naik 0.7 peratus pada Februari 2024
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 0.7 peratus, mencatat RM146.2 bilion pada Februari 2024.
Indeks Pengeluaran Perindustrian naik 3.1 peratus pada Februari 2024 - DOSM
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Februari 2024, didorong oleh momentum positif dalam kesemua sektor.