awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.9 peratus pada Disember 2022

Bernama
Bernama
09/02/2023
09:01 MYT
Kadar pengangguran Malaysia kekal 3.9 peratus pada Disember 2022
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Disember meningkatkan 0.1 peratus dengan mencatatkan 16.73 juta orang berbanding 16.71 juta orang pada November. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6 peratus pada Disember 2022 dengan bilangan penganggur menurun kepada 599,600 orang berbanding 600,900 orang pada bulan sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh Malaysia Suku Tahun Keempat dan Disember, yang dikeluarkan hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Disember meningkatkan 0.1 peratus dengan mencatatkan 16.73 juta orang berbanding 16.71 juta orang pada November, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) tidak berubah iaitu 69.8 peratus.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bilangan penduduk berkerja kekal pada trend positif dengan peningkatan bulan ke bulan 0.1 peratus kepada 16.13 juta orang pada Disember lepas berbanding 16.11 juta orang pada November.
Mohd Uzir berkata kategori pekerja terus kekal sebagai komposisi terbesar dalam jumlah penduduk berkerja pada Disember 2022, merangkumi 75.8 peratus atau 12.23 juta orang berbanding 12.21 juta orang pada bulan sebelumnya.
Begitu juga, katanya bagi kategori bekerja sendiri yang mencatatkan 2.86 juta orang pada Disember berbanding 2.85 juta orang pada November.
Bagi pekerja mengikut sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata sektor perkhidmatan terus mencatat pertumbuhan positif dalam guna tenaga terutamanya dalam perdagangan borong dan runcit, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Dalam pada itu, beliau berkata kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun kepada 11.8 peratus pada Disember tahun lepas, dengan 331,000 belia menganggur berbanding 329,3000 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun menurun kepada 6.9 peratus dengan merekodkan 444,500 orang daripada 453,100 orang bagi tempoh sama.
Bagi kadar pengangguran dan LFPR mengikut negeri pula, Mohd Uzir berkata kebanyakan negeri mencatatkan pengurangan kadar pengangguran kecuali Kedah, Kelantan, Melaka dan Putrajaya.
Beliau berkata kadar pengangguran paling rendah pada suku tahun berkenaan ialah di Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dengan 1.6 peratus, diikuti Perlis (2.2 peratus), Pulau Pinang (2.3 peratus), Johor (2.4 peratus) dan Negeri Sembilan (2.6 peratus).
Sembilan negeri mencatatkan peningkatan dalam LFPR sekali gus menunjukkan penyertaan tenaga buruh lebih tinggi di pasaran dengan catatan tertinggi di WP Putrajaya pada 77.6 peratus, diikuti Selangor (75.9 peratus) dan Pulau Pinang (71.8 peratus), Sabah (70.6 peratus) dan Sarawak (69.8 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar pengangguran
#Statistik Tenaga Buruh Malaysia
#Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin
#Jabatan Perangkaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan