Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Oktober 2025.
KPM memaklumkan calon boleh menghubungi bilik gerakan Lembaga Peperiksaan atau JPN di seluruh negara.
Inisiatif ini selari dengan aspirasi KPT menjadikan universiti pemacu penyelesaian nasional.
Orang ramai diingatkan agar menyemak senarai rasmi PJH dan elak tawaran palsu yang melanggar Akta Tabung Haji 1995.
Beliau mengesahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang butiran berhubung peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan siasatan terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, masih aktif dan belum ditutup.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil meminta agar Muhammad Adlan Berhan yang sedang melarikan diri, kembali ke Malaysia dan membersihkan namanya.
Pakar Arkeologi Prof Emeritus Datin Paduka Dr Siti Zuraina Abdul Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menemukan rangka Perak Man, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-16 hari ini.
Individu yang mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diminta untuk memaklumkan kepada PTPTN supaya dapat disusun semula jadual bayaran.
Sebanyak empat komponen utama menjadi fokus dalam Garis Panduan Khas 2025 yang diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak dalam sistem keadilan negara.
Pihak pembelaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pengurusan tertinggi syarikat itu, khususnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, didakwa bertindak secara tidak wajar dengan mengikut arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dan bukannya arahan Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


