awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teater muzikal Sulalat'us Salatin 2.0 hidupkan semula keagungan warisan Melayu

Bernama
Bernama
24/10/2025
20:15 MYT
Teater muzikal Sulalat'us Salatin 2.0 hidupkan semula keagungan warisan Melayu
Siti Rohayah berkata pementasan itu diangkat sebagai sebahagian daripada Program Kepengerusian ASEAN 2025 bagi memperkukuh seni persembahan tempatan yang berteraskan warisan dan jati diri bangsa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kisah agung yang menjadi teras peradaban Melayu bakal kembali ke pentas apabila Teater Muzikal Sulalat'Us Salatin 2.0 dipentaskan dari 31 Okt hingga 2 Nov ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Penerbitnya Siti Rohayah Attan berkata pementasan itu diangkat sebagai sebahagian daripada Program Kepengerusian ASEAN 2025 bagi memperkukuh seni persembahan tempatan yang berteraskan warisan dan jati diri bangsa.
"Sulalat'Us Salatin 2.0 membawa penonton mengimbau kehebatan empayar Melayu maritim dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain hingga ke kejatuhan Empayar Melaka. Antara kisah menarik termasuk waadat Demang Lebar Daun, kisah Tun Jana Khatib di Temasek, kebijaksanaan Hang Nadim dan cinta legenda Tun Teja," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan sama, teater arahan Zaifri Husin daripada skrip tulisan Siti Jasmina Ibrahim, SitiRoy Tan dan Ezee Klasik itu memberi nafas baharu kepada karya klasik berkenaan menjadikannya sebagai wadah menyemai semangat kebangsaan dan cinta kepada sejarah bangsa.
"Teater muzikal ini yang dipentaskan buat kali pertama pada hujung tahun lepas, dijangka menjadi antara pementasan paling dinanti tahun ini yang menghidupkan kembali keagungan sejarah Melayu di pentas moden," katanya.
Antara pelakon yang terlibat ialah Nabila Huda (Puteri Gunung Ledang), Adam Lee (Sultan Mahmud Syah), Aris Kadir (Raja Iskandar Zulkarnain/Tun Jana Khatib), Zaidi Omar (Demang Lebar Daun), Zera Hariz (Tun Teja) dan Siti Sarah Jamil (Tun Fatimah) dengan penampilan khas Rosli Rahman Adam dan Mubarak Majid.
Produksi berskala besar ini diterbitkan oleh CTRA Production dengan kerjasama Persatuan Bangsawan Bintang Timur serta mendapat sokongan DBP; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka serta Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#DBP
#Sulalat'Us Salatin
#sejarah Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan