awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran pusat beli-belah Pakistan: Angka kematian meningkat 14, puluhan masih hilang
Bomba guna helikopter hantar makanan ke pos Orang Asli terputus hubungan di Gua Musang
'Luluh hati, suami dan dua anak tinggalkan saya selamanya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar SAC dan CAC diselaras, pacu akses bekalan elektrik hijau pengguna korporat

Bernama
Bernama
29/08/2025
01:10 MYT
Kadar SAC dan CAC diselaras, pacu akses bekalan elektrik hijau pengguna korporat
PETRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar SAC dan CAC baharu itu telah menurun hingga 40 peratus berbanding nilai sebelum ini.
PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan supaya kadar Caj Akses Sistem (SAC) dan Caj Akses Komuniti (CAC) untuk Tempoh Regulatori Ke-4 diselaraskan, seiring dengan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang lebih telus dan progresif.
SAC dan CAC masing-masing ialah kadar caj akses bagi Program Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM), yang diperkenalkan kerajaan bagi meningkatkan lagi capaian syarikat korporat kepada bekalan elektrik hijau.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar SAC dan CAC baharu itu telah menurun hingga 40 peratus berbanding nilai sebelum ini.
"Oleh itu, kadar SAC dan CAC baharu ini dijangka berupaya menarik lebih ramai penyertaan pengguna korporat untuk mendapat bekalan elektrik hijau pada kos yang lebih kompetitif," menurut PETRA.
Bagi program CRESS, kadar pembekalan firm ditetapkan pada 20 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj), manakala pembekalan non-firm, kadarnya ialah 40 sen/kWj.
Sementara itu, program CREAM menawarkan kadar seragam, iaitu kedua-dua kategori pembekalan firm dan non-firm yang ditetapkan pada kadar 9 sen/kWj.
PETRA memaklumkan pihaknya yakin bahawa penambahbaikan itu akan membolehkan lebih banyak syarikat korporat mendapat akses bekalan elektrik hijau dalam memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus masing-masing.
"Langkah ini akan menyokong aspirasi negara untuk mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam perbekalan elektrik negara menjelang 2050, sekali gus memenuhi tanggungjawab kepada generasi masa kini dan akan datang, sejajar dengan prinsip utama Malaysia MADANI," menurut PETRA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petra
#CAC
#SAC
#tarif elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan